Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama mengalami kasih Kristus dalam persekutuan ini. Jika anda masih belum mempunyai gereja tetap untuk beribadah, kami dengan penuh sukacita mengundang anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami di SIB Bandaraya Kota Kinabalu (SIBBKK).
SIBBKK ialah sebuah gereja lokal yang telah bertapak di Kota Kinabalu sejak tahun 1970-an. Perjalanan pelayanan kami bermula dari Likas, ke Bukit Bendera, kemudian ke Lembah Pantai, beralih ke Kompleks Sinsuran, dan kini beroperasi di Centre Point Kota Kinabalu.
Di sini, anda akan menemui komuniti yang mesra, penyembahan yang hidup, firman Tuhan yang membangun iman, serta ruang untuk bertumbuh dan melayani. Marilah beribadah bersama kami dan alami kasih serta kuasa Tuhan yang mengubahkan.
Kelompok Sel adalah sebuah komuniti kecil di mana anda akan menemukan keluarga rohani yang saling membangun dan menguatkan dalam kasih Kristus. Tujuan utama kelompok ini adalah untuk memuridkan setiap anggota agar semakin serupa dengan Kristus — melalui perkongsian firman Tuhan, doa bersama, kesaksian hidup, dan saling melayani satu sama lain.
Di sinilah tempat anda berakar dalam firman, bertumbuh dalam iman, dan berkembang dalam pelayanan, dalam suasana yang mesra, terbuka, dan penuh kasih.